Nanas (An an as comosus) sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor.

Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah

produknanas

Produk-produk makanan berasaskan nanas banyak dihasilkan menerusi usaha Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Antaranya ialah Halwa Nanas, Nanas Kering, Skuas Nanas, Sos Nanas Bercili, Jeruk Nanas, Jem Nanas, Sos Nanas Manis, Bebola Daging Fiber Nanas, Biskut Nanas, Aiskrim Nanas dan banyak lagi.

Contohnya, ialah Aiskrim Nanas. Aiskrim nanas adalah aiskrim yang diperbuat daripada susu atau hasil susu dengan lemak susu, lemak sayuran, krim, mentega atau kombinasinya serta gula dan boleh mengandungi lain-lain makanan yang selamat dimakan. Dalam konteks ini, jus nanas dan serat nanas digunakan bagi menghasilkan aiskrim nanas. Aiskrim nanas isi sesuai digunakan sebagai pencuci mulut / makanan ringan.

Bahan asas bagi membangunkan aiskrim nanas secara komersial adalah lemak, pejal bukan lemak, gula, emulsifiers stabilizer, jus nanas dan serat nanas.

ZAAFARAN

Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar ‘Emas Padang Pasir’ ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai ‘Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegatable Gold’, dan ‘Flower of Love’. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

GARAM BUKIT

Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.